Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

PPV Mega Pertama di Negeri Sembilan Mula Beroperasi

By 29 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

SEREMBAN, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah mula beroperasi semalam dan PPV Mega ini adalah yang pertama dibuka di Negeri Sembilan.

PPV tersebut merupakan hasil kerjasama antara USIM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang juga di bawah pasukan penyelarasan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, pembukaan PPV mega ini merupakan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Pada peringkat awal, PPV mega ini boleh memuatkan kapasiti 1,500 individu yang bakal menerima suntikan vaksin sehari dan jumlah itu kemudian ditingkatkan kepada 3,000 dos vaksin sehari bermula 5 Julai depan”, katanya melalui kenyataan di Facebook, semalam.

Suasana hari pertama pembukaan PPV Mega.

Suasana hari pertama pembukaan PPV Mega.

Menurutnya lagi, bagi memastikan sasaran dicapai, USIM menyediakan sebanyak 30 ruang suntikan yang mampu menyuntik antara 350 hingga 400 dos sejam dan pembukaan PPV Mega ini juga dijangka dapat memastikan warga emas atas 60 tahun mendapat suntikan vaksin.

Dalam pada itu, bagi memastikan sasaran pemberian 20,000 dos vaksin sehari dicapai, Kerajaan Negeri pada hari ini membuka 5 lagi PPV Awam di Jempol, FELDA Palong 6, Sendayan, Rantau dan Gemas.

-FF

Tinggalkan komen anda