Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PPV Industri Pertama di Pulau Pinang

By 18 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suria Karim/Ammar Yas Azuddin (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI JAWI, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri pertama telah dibuka pada 16 Jun 2021 di Bukit Jawi Golf Resort, di sini yang boleh menampung seramai 1500 orang pekerja sektor industri seluruh negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan vaksinasi dalam sehari.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata seramai 300,000 ribu pekerja mampu divaksin mengikut jadual yang ditetapkan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengimbas Kod MySejahtera sebelum memasuki dewan.

Azmin (berbaju biru) mengimbas Kod MySejahtera sebelum memasuki dewan.

“PPV Industri ini dibuka khas kepada semua pekerja industri terutama sektor perkilangan dan pembuatan yang menjadi penyumbang terbesar dalam memacu pertumbuhan KDNK ekonomi negara.

“PPV di peringkat kebangsaan pun telah dirasmikan kelmarin oleh Perdana Menteri yang mana ia melibatkan 4 buah negeri yang mempunyai sektor perkilangan terbesar iaitu Selangor, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang,” katanya dalam Sidang Media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, di sini semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berkata terdapat dua modul pusat PPV Industri ini yang mana pusat PPV industri tersebut adalah untuk majikan yang mempunyai lebih daripada 1000 orang pekerja.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertemu sambil bersembang dengan penerima vaksin.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertemu sambil bersembang dengan penerima vaksin.

“Manakala on site (vasinasi di tapak) adalah untuk majikan yang mempunyai kurang daripada 1000 orang pekerja seperti industri kecil sederhana,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda