Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

RISDA Permudah Pekebun Kecil Daftar dan Terima Vaksin

By 11 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim/Siti Zuraida (Jempol)

JEMPOL, 11 Jun 2021 (Malaysiaaktif) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mengerahkan seluruh asetnya untuk membawa pekebun kecil terutama mereka yang berumur 50–70 tahun untuk dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengerusi RISDA Malaysia Datuk Mohd Salim Shariff memaklumkan demikan selepas sesi pemberian vaksin kepada pekebun kecil pagi kelmarin.

“Pihak RISDA akan berusaha membawa pekebun kecil untuk membuat pendaftaran di 191 Pusat Komuniti Desa (PKD) yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai alternatif bagi mereka yang memerlukan khidmat pendaftaran imunisasi,” katanya ketika ditemui.

Menurut Mohd Salim, selain daripada membuat pendaftaran bagi menerima vaksin, semua RISDA di daerah-daerah perlu mengenalpasti pekebun kecil yang tidak mempunyai kenderaan untuk mengambil penerima dari rumah dibawa ke dewan pusat pengambilan vaksin.

“Ini adalah salah satu cara untuk membantu bagi memastikan agar semua kumpulan sasar RISDA menerima vaksin tersebut dan kita menyahut seruan dan saranan Perdana Menteri agar semua kementerian dan agensi mempermudahkan rakyat terutama penduduk luar bandar mendapatkan vaksin COVID-19,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, seramai 50 pekebun kecil di daerah Jempol telah dipanggil untuk menerima vaksin pertama mereka.

Bagi John Baharyn Ayom, 53, yang merupakan salah seorang penduduk kampung Orang Asli di daerah ini berhadap agar dirinya dapat menjadi contoh yang baik untuk masyarakat Orang Asli mengambil vaksin.

“Kebanyakkan Orang Asli takut untuk menerima vaksin kerana mereka yakin perubatan tradisional dapat menyelamatkan mereka dan tambahan lagi terlalu banyak menerima berita yang tidak sahih di media sosial,” katanya.

Selain itu, bagi Burok Yaakub, 93, dari Kampung Serting Hilir yang juga merupakan penerima tertua pada pagi tadi berkata beliau sangat gembira dengan bantuan yang diberi untuk memudahkan beliau menerima vaksin.

-FF

Tinggalkan komen anda