Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Seramai Mungkin Rakyat Divaksin Segera, Harapan Tunggal Atasi COVID-19

By 1 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Harapan tunggal untuk dunia menamatkan COVID-19 adalah dengan memastikan seramai mungkin rakyat divaksin seberapa segera dan Malaysia mengulangi gesaan mengenai capaian universal vaksin berkenaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses mendapatkan vaksin masih menjadi isu utama dan dunia tidak boleh menang dalam perang menentang virus ini kecuali semua orang mempunyai akses yang adil dan pantas terhadap vaksin itu.

“Vaksin ini mesti murah dan mudah diperoleh oleh semua. Kami menyertai Kemudahan COVAX untuk memudah cara pengagihan vaksin COVID-19 global serta memuji Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana menerajui usaha itu.

“Dengan rasa syukur ingin saya nyatakan, Malaysia sudah menerima penghantaran vaksin yang diperoleh menerusi COVAX,” katanya ketika berucap pada sesi penutup Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-74 yang diadakan secara sidang maya di Geneva, Switzerland, malam tadi.

Kerajaan terus menyediakan saringan kesihatan dan rawatan percuma pada mereka yang dijangkiti COVID-19 serta menawarkan vaksin percuma kepada semua di negara ini, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigran mereka.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda