Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Skuad VOTG untuk Vaksinasi Warga Emas dan OKU

By 10 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JKNS

SHAH ALAM, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil inisiatif mewujudkan Skuad Vaccine on the Go (VOTG) untuk memberikan vaksin kepada rakyat negeri Selangor terutamanya golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman, berkata usaha tersebut sebagai salah satu langkah pencegahan untuk membendung penularan virus COVID-19.

“Warga emas dan OKU merupakan antara golongan berisiko tinggi mengalami komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk berbanding kumpulan populasi yang lain.

“Ia melibatkan 10 buah kenderaan khusus iaitu lima buah dari kenderaan dari JKNS, empat buah dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) iaitu PKD Petaling, PKD Klang, PKD Kuala Selangor dan PKD Kuala Langat.

Skuad VOTG akan menjelajah ke 265 buah institusi pusat jagaan yang dikenal pasti seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pusat jagaan swasta seluruh Selangor.

Skuad VOTG akan menjelajah ke 265 buah institusi pusat jagaan yang dikenal pasti seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pusat jagaan swasta seluruh Selangor.

“Turut terlibat bersama adalah sebuah kenderaan dari Lembaga Zakat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah berkenan menyempurnakan pelancaran Skuad VOTG di Halaman Istana Bukit Kayangan, di sini semalam.

“Skuad ini akan pergi ke 265 buah institusi pusat jagaan yang dikenal pasti seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pusat jagaan swasta.

“Setelah selesai vaksinasi di institusi-institusi berkenaan, skuad ini juga akan menjelajah ke kawasan-kawasan pedalaman untuk memberi vaksin kepada penduduk setempat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda