Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tindakan Terhadap Peniaga Berdasarkan Pematuhan SOP, CIMS

By 22 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga dan premis setelah meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pendaftaran dalam Sistem Pengurusan Pintar COVID19 (CIMS) 3.0.

“Tindakan diambil berdasarkan maklumat dan penerangan yang diberikan oleh peniaga semasa operasi dijalankan dan setelah meneliti pematuhan ke atas SOP MKN dan pendaftaran di sistem CIMS 3.0,” jelas KPDNHEP mengulas isu berkenaan tindakan yang diambil oleh penguat kuasa kementerian itu terhadap peniaga dan premis.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan diambil adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342) berdasarkan pengumuman kerajaan mengenai penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh hingga 28 Jun ini.

“Peniaga dinasihatkan supaya mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Ini termasuklah menyediakan dokumen-dokumen yang sah ketika pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP,” menurut kenyataan itu.

KPDNHEP menyarankan peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil supaya merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan untuk pertimbangan selanjutnya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda