Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

17,405 Kes Baharu Harian Tertinggi

By 29 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam melonjak kepada 17,405 kes, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,061,476.

Pada 25 Julai, Malaysia merekodkan 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913) dan Negeri Sembilan (863).

Johor pula merekodkan 767 kes, Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) manakala Perlis tiga kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda