
Laporan/foto: Noor Suraya Zainal/Kuat Tat Seng (Timur Laut)
TANJUNG BUNGAH, 28 Jul (Malaysiaaktif)– Program Mobilisasi Komuniti (MOVAK) memudahkan seramai 420 orang penduduk setempat seperti warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) di kawasan sini.
Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang Zairil Khir Johari, berkata prosedur pendaftaran di Pusat Mobilisasi Vaksin ini mencapai jumlah yang agak memberangsangkan.
“Inisiatif ini bagi memudahkan mereka mendapat suntingan vaksin COVID-19 dengan lebih komprehensif dan menjurus untuk mencapai imuniti kelompok dengan berkesan.

Salah seorang penduduk warga emas menyertai Program MOVAK untuk menerima suntikan vaksin dos pertama di SK Tanjong Tokong.
“Seramai 30 petugas sukerelawan dari Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia termasuk penduduk setempat terlibat dalam program ini,” katanya ketika meninjau pelaksanaan program tersebut di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, di sini kelmarin.
Menurut penduduk setempat Mohd Hashim Din, 72, berkata program ini bermula dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang untuk mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.
“Saya tidak pernah rasa ragu-ragu sejak awal lagi apabila mengetahui diri akan menerima suntikan vaksin.
“Bagi saya dos pertama vaksin ini pada hari ini sangat penting kerana saya juga merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19,” katanya ketika ditemui di pusat pemberian vaksin tersebut.
-ii-