Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

5,000 Bantuan Bakul Makanan untuk Isi Rumah Parlimen Nibong Tebal

By 21 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 21 Jul (Malaysiaaktif)– Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu di mana salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah tambahan dana Program Bantuan Bakul Makanan.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman, program agihan bakul makanan ini, dapat meringankan beban kepada golongan masyarakat yang memerlukan kesan daripada pandemik COVID-19.

“Bagi Parlimen Nibong Tebal sebanyak 5,000 bakul makanan akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

Bakul makanan diagihkan melalui JPNIN Daerah Seberang Perai Selatan kepada 7 Kawasan Rukun Tetangga.

Bakul makanan diagihkan melalui JPNIN Daerah Seberang Perai Selatan kepada 7 Kawasan Rukun Tetangga.

“Sebanyak 148 bakul makanan diagihkan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Seberang Perai Selatan kepada 7 Kawasan Rukun Tetangga (KRT),” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Program Serahan Bakul Makanan Kepada KRT Parlimen Nibong Tebal di Dewan Kompleks Perpaduan dan Integrasi Seberang Perai Selatan, di sini kelmarin.

Beliau turut berharap agar pengerusi atau wakil KRT yang hadir dapat mengagihkan bakul makanan ini kepada penduduk setempat yang betul-betul memerlukan.

“Bantuan ini dilaksanakan kepada penerima yang terjejas dan memerlukan bantuan untuk meringankan beban mereka dan sentiasalah patuhi SOP yang ditetapkan.

Antara wakil-wakil KRT yang hadir.

Antara wakil-wakil KRT yang hadir.

β€œIa sekali gus turut menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin, untuk memastikan rakyat yang terjejas diberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda