
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan 6,045 kes baharu COVID-19 semalam berbanding 6,658 kes kelmarin, dengan jumlah kes kumulatif mencecah 778,652 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor mencatat kes harian tertinggi dengan 2,262 kes diikuti Kuala Lumpur (616); Negeri Sembilan (531); Johor (500); Perak (384); Sarawak (365) dan Kedah (332).
Melaka pula mencatatkan 290 kes diikuti Sabah (228); Pulau Pinang (173); Kelantan (124); Pahang (95); Labuan (75); Terengganu (54); Putrajaya (16) manakala tiada kes baharu di Perlis.
— BERNAMA