Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

7,654 Kes Baharu

By 7 Julai 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam meningkat kepada 7,654 berbanding 6,387 kes kelmarin, sekali gus menjadikan kumulatif adalah 792,693 kes.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor masih mencatat kes harian tertinggi dengan 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1,550); Negeri Sembilan (698); Kedah (337); Johor (313); Sarawak (286); Melaka (230) dan Sabah dengan 225 kes.

Pulau Pinang pula mencatatkan 185 kes diikuti Pahang (180); Kelantan (118); Perak (94); Labuan (82); Terengganu (61); Putrajaya (33) dan Perlis dengan dua kes.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata daripada jumlah kes baharu dilaporkan semalam, 7,654 kes adalah penularan tempatan membabitkan 5,486 warganegara dan 2,157 bukan warganegara manakala 11 kes import pula membabitkan lima rakyat Malaysia dan enam warga asing.

Jumlah kes sembuh pula ialah 4,797 menjadikan angka keseluruhan individu pulih daripada pandemik itu kini 714,815 atau 90.2 peratus.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif pula kini sebanyak 72,201 manakala jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 943 kes dengan 450 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 103 orang meninggal dunia akibat COVID-19 pula dilaporkan semalam melibatkan sembilan warga asing dan selebihnya warganegara, kesemuanya berumur lingkungan 21 hingga 100 tahun, dengan majoritinya menghidap penyakit kronik, kata Dr Noor Hisham,

KKM turut mengesan 21 lagi kluster baharu membabitkan 11 kluster di tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster Pagar Langat, Kuala Langat, Selangor.

Kluster tempat kerja di ibu negara melibatkan Kluster Tapak Bina Damanlela 2, Kepong, Kluster Bukit Kiara dan Kluster Pasar Razak Mansion, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Industri Lorong Senawang Empat, Seremban.

Kluster tempat kerja lain ialah Kluster Industri Perai Lima (Perak, Pulau Pinang dan Kedah), Kluster Jalan Perusahaan Prai, Pulau Pinang; Kluster Agora Borneo, Sabah, Kluster Batu Tiga Bakri, Johor, Kluster Baldwin Tiga, Perak, dan Kluster Jalan KK 6/2 Kubang Kerian di Kelantan.

Kluster komuniti pula melibatkan Kluster Panjang Sari dan Kluster Jalan Kolam Ikan Kluang di Johor, Kluster Jalan Sagang dan Kluster Sungai Sengkabang di Sarawak, Kluster Parit Sebelas di Selangor, Kluster Pondok Tanjung di Perak, Kluster Kampung Gong Kulim Tengah di Kelantan dan Terengganu, Kluster Kampung Kerpal di Pahang serta Kluster Kampung Perwira di Kelantan.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata setakat kelmarin nilai kebolehjangkitan (Rt) Malaysia adalah sebanyak 1.07 dengan Pahang mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.24.

“Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (1.08), Kedah (1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (1.04),” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda