Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dua Hari Berturut-turut Kes Baharu Melebihi 17,000

By 30 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 semalam dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646.

Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,138 kes.

“Selain itu, Kedah merekodkan 1,212 kes; Johor (1,054); Negeri Sembilan (884); Sabah (776); Pahang (638); Kelantan (615); Perak (596); Sarawak (582); Pulau Pinang (554); Terengganu (437) dan Melaka (416),” katanya.

Putrajaya pula merekodkan kes sebanyak 84 diikuti Labuan (11) dan Perlis (10).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda