Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Golongan Terjejas, Pelajar UMSKAL dan Barisan Hadapan Terima Bantuan MAIWP

By 7 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Golongan terjejas pendapatan, pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan petugas barisan hadapan dari Jabatan Kesihatan Labuan menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Menurut satu kenyataan MAIWP Labuan semalam, sebanyak 300 kit bantuan makanan diagihkan setiap bulan bermula bulan Jun hingga Disember 2021 kepada golongan terjejas pendapatan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2100 set kit bantuan makanan bernilai RM99,498.00.

“Bantuan kit makanan diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Labuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan untuk diagihkan kepada golongan yang terjejas berdasarkan kepada permohonan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Para pelajar UMSKAL mendapatkan bekalan makanan dan keperluan diri di Bank Makanan yang disediakan oleh pihak kampus.

Para pelajar UMSKAL mendapatkan bekalan makanan dan keperluan diri di Bank Makanan yang disediakan oleh pihak kampus.

“Agihan melalui konsep turun padang dilaksanakan secara kerjasama yang melibatkan JKM, MAIWP, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan,” menurut kenyataan itu semalam.

Selain itu, MAIWP menyumbangkan wang tunai sebanyak RM10 ribu kepada UMSKAL untuk membiayai makanan dan keperluan diri bagi 106 orang pelajar berstatus aktif di kampus tersebut.

“Pembelian barangan makanan dan keperluan diri dilaksanakan oleh pengurusan UMSKAL dan kesemua stok barangan ditempatkan di Bangunan Perkhidmatan Pelajar yang dijadikan sebagai lokasi bank makanan.

“Antara barangan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar adalah seperti makanan dalam tin, telur, biskut, susu manis, beras, sabun mandi, ubat gigi, syampu dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

Antara para petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Labuan yang menerima bantuan kit makanan.

Antara para petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Labuan yang menerima bantuan kit makanan.

MAIWP Labuan juga meluluskan pemberian bantuan sebanyak 28,800 kit makanan kepada petugas barisan hadapan, Jabatan Kesihatan Labuan bermula bulan Julai hingga Disember 2021 dengan jumlah peruntukkan RM290,880.00.

“Agihan akan dibuat 16 hari sebulan melibatkan 300 kit makanan setiap sekali agihan iaitu 4,800 kit makanan setiap bulan, agihan juga dibuat di enam lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Dewan Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, Dewan JKR, Dewan Foo Chow, Dewan Kolej Matrikulasi Labuan, UMSKAL dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

“Bantuan-bantuan ini bertujuan meringankan beban warga Labuan dan para pelajar UMSKAL yang terkesan dengan pandemik COVID-19 selain memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya di wilayah itu,” menurut kenyataan itu lagi.

-RI

Tinggalkan komen anda