Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Agih Bantuan Segera Kepada Rakyat – Sulaiman Ali

By 7 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

BUKIT PALAH, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, melancarkan Majlis Simbolik Penyerahan Inisiatif Musa’adah Muhaffaz ‘ Alamiy COVID -19 bagi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Menurut Sulaiman, Majlis Agama Islam Melaka telah menyediakan bantuan Ma’niah Al Amal daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Melaka dengan memberi sumbangan RM350 kepada setiap penerima yang terjejas termasuk yang telah diagihkan pada hari ini melibatkan Ahli Gabungan Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Negeri Melaka yang terdiri daripada 416 pemandu berjumlah (RM145,600) serta Gabungan Persatuan Penjaja, Usahawan dan Peniaga Kecil Negeri Melaka melibatkan 153 para peniaga.

“MAIM turut memberi bantuan kepada Persatuan Usahawan Peniaga Jalan Hang Tuah Melaka melibatkan 41 peniaga (RM14, 350), Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka yang melibatkan 278 pengayuh beca (RM97,300) dan serta kepada Jabatan Perikanan Negeri Melaka terdiri daripada 919 berjumlah (RM321, 650).

“MAIM telah menyediakan peruntukan sejumlah lebih RM12 juta dalam 12 inisiatif daripada 60 inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 yang telah dibentangkan pada 18 Jun lalu,” katanya ketika ditemui di Pusat Islam Melaka, di sini semalam.

Sulaiman berkata, Majlis Agama Islam Melaka perlu mengambil tindakan segera untuk mengagihkan seluruh bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengurangkan kesusahan yang sedang dilalui oleh rakyat.

Sulaiman Ali mahu bantuan disampaikan segera kepada rakyat melalui pelbagai platform.

Sulaiman Ali mahu bantuan disampaikan segera kepada rakyat melalui pelbagai platform.

“Saya memberi sokongan penuh kepada Gerakan COVID-19 Agensi Agama Islam Melaka yang sedang giat memainkan peranan penting dalam menyampaikan bantuan secara terus kepada rakyat Melaka khususnya bagi yang terjejas dalam pandemik ini,” katanya.

Turut hadir bersama, Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Md. Rawi Mahmud dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Abdul Halim Tawil.

-FF

Tinggalkan komen anda