
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 10 Jul (Malaysiaaktif) – MERCY Malaysia terus giat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyampaikan bantuan keperluan kesihatan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada di hospital-hospital kerajaan bagi membantu pesakit COVID-19.
Sehubungan itu, MERCY Malaysia menyampaikan peralatan perubatan dan keperluan penting kesihatan kepada Hospital Melaka hasil sumbangan Dewan Perniagaan Malaysia-Myanmar (MMBC) yang berupa alat bantuan pernafasan kanula hidung aliran tinggi (HFNC), alat pengawas pesakit, pelitup muka, apron, gaun pengansingan, pam infusi dan picagari.
Menurut kenyataan media Presiden MERCY Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus, sumbangan disalurkan kepada Hospital Melaka merupakan komitmen berterusan MERCY Malaysia untuk memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia, terutama kepada hospital kerajaan yang memerlukan.
“Sumbangan yang terhasil daripada inisiatif projek Tanggungjawab Sosial Korperat iaitu salah satu modul penting yng diambil oleh para Peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan Siri 69 No.2/2021.
“Sumbangan ini juga turut disertai oleh Duta Besar Malaysia ke Myanmar Datuk Zahairi Baharim, yang berjaya mendapatkan dana tesebut,” katanya, semalam.
Dalam perkembangan lain, MERCY Malaysia Melaka Chapter dalam usaha memberikan vaksin kepada 1000 warga emas dan kaki tangan di pusat-pusat jagaan dan setakat ini Pasukan Vaksinasi COVID-19 Bergerak telah mengunjungi hampir 40 pusat jagaan yang sedang beroperasi untuk lawatan dos kedua vaksin.
-FF