Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hospital Selayang Rawat Pesakit COVID-19 Sepenuhnya

By 22 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Hospital Selayang menjadi hospital ketiga merawat pesakit COVID-19 sepenuhnya di Selangor.

Hospital Selayang menerusi Facebook rasminya memaklumkan penukaran status daripada hospital hibrid kepada hospital COVID-19 penuh berkuatkuasa 21 Julai.

“Hospital ini akan dikhaskan untuk merawat pesakit COVID-19 sahaja.

“Sebarang pertukaran tarikh temujanji akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat.

“Kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai,” menurut perkongsian di Facebook hari ini.

Sebelum ini Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang merupakan hospital yang merawat pesakit COVID-19 sepenuhnya di negeri Selangor.

-RI

Tinggalkan komen anda