
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Dua hari berturut-turut negara mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 melebihi angka 15,000 dengan jumlah kes sebanyak 15,902 semalam, sekali gus menjadikannya yang tertinggi pernah direkodkan sejak dilanda pandemik itu Mac tahun lepas.
Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 996,393 kes. Kelmarin, buat kali pertama Malaysia mencatatkan kes melebihi angka berkenaan dengan 15,573 kes dengan 144 kes kematian serta 30 kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun Twitternya berkata Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,406 kes.
Beliau berkata negeri lain yang mencatatkan kes baharu tiga angka semalam ialah Perak dengan 469 kes, Pahang (406), Terengganu (267), Sarawak (261), Putrajaya (59), Labuan (30), manakala Perlis hanya tujuh kes.
— BERNAMA