Skip to main content
Berita TengahMAPerak

PPV Selama Kini Dibuka

By 2 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Nur Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

SELAMA, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kini dibuka di daerah ini bagi memudahkan urusan masyarakat setempat yang tinggal di kawasan berkenaan dan mereka tidak perlu lagi ke PPV sedia ada di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) untuk mendapatkan suntikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamarudin, berkata hari ini merupakan hari pertama PPV beroperasi di daerah Selama dan dilihat begitu ramai yang teruja untuk mendapatkan suntikan vaksin di sini.

“Kapasiti maksimum di PPV untuk penerima datang menerima suntikan adalah seramai 400 orang setiap hari dengan 17 petugas terdiri daripada Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama, Hospital Selama dan Klinik Pergigian Selama serta penambahan 65 sukarelawan dengan 20 orang daripada mereka akan bertugas setiap hari.

Orang ramai menunggu giliran di khemah disediakan.

Orang ramai menunggu giliran di khemah disediakan.

“Pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera telah mencapai 64% di Perak dan dijangka proses pemberian vaksin untuk Fasa 3 akan bermula Julai ini,” katanya semasa ditemui di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Selama Permai 2, di sini hari ini.

Tambahnya, sasaran untuk penerima suntikan vaksin di negeri ini pada bulan Julai adalah seramai 23 ribu orang setiap hari.

“Sasaran pemberian vaksin pada setiap hari adalah sebanyak 16,200 orang di PPV awam, 3,720 orang di PPV istimewa seperti di hospital dan 2,470 di PPV swasta seperti klinik dan hospital swasta.

“Bagi orang ramai yang telah mendapat tarikh janji temu untuk suntikan vaksin tetapi tiada kemudahan pengangkutan untuk ke PPV boleh menghubungi Pejabat Daerah atau Pejabat Kesihatan berdekatan kerana kenderaan percuma disediakan untuk ke PPV berkenaan,” ujarnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda