Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Program PIKAS Bantu Kurangkan Kluster COVID-19 Kelompok Tempat Kerja

By 12 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)/FB Sulaiman Md Ali 

BATU BERENDAM, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) berlangsung pagi tadi di Texas Instruments Electronics Sdn Bhd Malaysia, Melaka (TIEM) dan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, objektif program kerjasama awam-swasta ini adalah untuk memudahkan usaha kerajaan bagi mempercepatkan vaksinasi untuk rakyat dan mencapai imuniti kelompok dengan meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja di Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.

“Saya berpuas hati dengan prosedur dan kemudahan selesa di PPV Industri di TIEM yang memulakan operasinya hari ini, di mana seramai 450 pekerja TIEM dijangka divaksin hari ini daripada keseluruhan 1,946 pekerja dan PPV Industri di Infineon Technologies (M) Sdn Bhd yang akan bermula pada 19 Julai ini, dengan kira-kira 1,000 orang pekerja boleh divaksin dalam sehari daripada keseluruhan 10,000 pekerjanya.

“Di Melaka, kita mempunyai kira-kira 160,000 hingga 180,000 pekerja di sektor pembuatan yang perlu diberi vaksin serta dipercayai menjadi sebahagian daripada komuniti kelompok dan saya percaya usaha ini mampu melandaikan kembali kes peningkatan COVID-19 yang melibatkan kluster perindustrian yang kian meningkat di Negeri Melaka,” ujarnya ketika ditemui di pembukaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di kilang tersebut, di sini hari ini.

Sulaiman berkata, syarikat-syarikat tersebut merupakan Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Industri di tapak lokasi premis yang diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Melaka dan CITF Persekutuan, manakala satu PPV Industri Umum turut dibuka di Pusat Konvensyen Bayou Bukit Katil.

“PPV Industri ini adalah merupakan insiatif oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan golongan pekerja industri pembuatan melalui PIKAS,” katanya.

Pekerja TIEM, Nur Ain Dolah, 32, berkata program pasti memberi kelegaan kepada kami kerana sudah tentu dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Nur Ain Dolah menyeru semua pekerja menjayakan program (PIKAS).

Nur Ain Dolah menyeru semua pekerja menjayakan program (PIKAS).

“Saya berharap semua pekerja mengambil kesempatan untuk divaksinasi supaya melindungi diri dan keluarga dari dijangkiti virus yang berbahaya ini,” katanya yang telah berkhidmat selama 12 tahun di TIEM.

-FF

Tinggalkan komen anda