Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Rakyat Terengganu Syukur Beralih Ke PPN Fasa 2

By 6 Julai 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Rata-rata masyarakat berasa gembira dan bersyukur apabila bermula semalam, Negeri Terengganu telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sabtu lalu, kerajaan telah mengumumkan hanya lima negeri yang berjaya mencapai ketiga-tiga nilai ambang ditetapkan dan seterusnya beralih ke Fasa 2, yang turut melibatkan Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis.

Peniaga buah-buahan, Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim, 21, berkata beliau berasa bersyukur dan lega apabila kerajaan mengumumkan bahawa Terengganu antara negeri yang akan beralih ke Fasa 2.

Muhammad Shahmir lega dan bersyukur Negeri Terengganu beralih ke PPN, Fasa 2.

Muhammad Shahmir lega dan bersyukur Negeri Terengganu beralih ke PPN, Fasa 2.

“Sejak negara mengalami pandemik COVID-19, golongan muda seperti saya sukar untuk mendapatkan pekerjaan, maka saya mengambil inisiatif menjual buah-buahan tempatan di sekitar daerah Kuala Nerus.

“Fasa ke 2 PPN, membolehkan para peniaga kecil seperti kami untuk beroperasi di pasar-pasar tani dan pasar pagi dan dapat menjual buah-buahan dengan lebih banyak, sekali gus dapat meningkatkan pendapatan keluarga ketika ini,” katanya ketika ditemui di bawah jambatan Kuala Nerus, di sini semalam.

Bagi peniaga sayur-sayuran, Syed Hassan Hilmi Syed Muhamad, 31, pula beliau agak sukar untuk menjual hasil jualan sayur-sayuran beliau apabila pasar tani dan pasar pagi tidak dibuka ketika PPN Fasa 1 sebelum ini.

Syed Hassan berharap dengan PPN Fasa 2 ini akan meningkatkan jualan perniagaannya.

Syed Hassan berharap dengan PPN Fasa 2 ini akan meningkatkan jualan perniagaannya.

“Sebelum ini saya hanya menjual sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, petai dan sebagainya di tepi jalan di sekitar jambatan Kuala Nerus di mana hasil jualan juga menurun dan ada kalanya tidak mendapat sambutan daripada pelanggan.

“Saya sedikit bersemangat untuk meneruskan perniagaan jualan ini apabila pengumuman kerajaan akan melaksanakan Fasa 2 akan di negeri ini dan saya sudah boleh berniaga di pasar-pasar tani seperti kebiasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Azwaniza Rusli, 25, berkata beliau yang telah bekerja di kedai menjual keropok lekor di sini hampir 2 tahun, begitu terkesan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah dikenali sebagai PPN, apabila para pelanggan semakin kurang datang untuk membeli di kedai berkenaan.

Nurul Azwaniza Lega, dengan peralihan PPN Fasa 2 ini orang ramai akan mula keluar membeli hasil jualannya.

Nurul Azwaniza Lega, dengan peralihan PPN Fasa 2 ini orang ramai akan mula keluar membeli hasil jualannya.

“Dulu ketika pelaksanaan PKP, para pelanggan semakin kurang dan adakalanya tidak sampai 10 orang yang datang membeli keropok lekor di kedai dan menyebabkan sedikit kerugian kepada kami.

“Pendapatan seharian terjejas dan berharap dengan peralihan Fasa 2 ini akan memberi sinar baharu kepada jualan kerepok lekor kami ini,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda