Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Rumah Warga Emas Rosak Dilanda Ribut

By 7 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Normaziah Abdul Mutalib (Pekan) 

PEKAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Kejadian ribut yang melanda Kampung Siong Mukim Kuala Pahang dekat sini, kira-kira pukul 4.00 petang kelmarin menyebabkan seorang warga emas trauma setelah rumahnya rosak sekelip mata.

Dalam kejadian tersebut, Dalilah Md Ali, 65, yang tinggal bersama anaknya sedang berehat di dalam bilik apabila tiba-tiba terdengar bunyi tiupan angin yang kuat dan dentuman yang dashyat.

“Saya tidak menyangka akan mengalami detik-detik cemas seperti ini namun setelah melihat sendiri bumbung rumah tercabut diterbangkan angin barulah saya sedar bahawa kawasan ini sedang dilanda ribut.

“Berikutan kejadian tersebut, struktur bumbung rumah saya turut rosak akibat dipukul ribut,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Siong, di sini, baru-baru ini.

Struktur bumbung turut rosak akibat dilanda ribut.

Struktur bumbung rumah turut rosak akibat dilanda ribut.

Menurut siasatan yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Mukim Kuala Pahang mangsa telah mengalami kerugian berjumlah RM3,000 di mana hampir 30 peratus bahagian rumahnya telah rosak akibat kejadian ini.

“Saya amat berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat membantu bagi membaiki segala kerosakan yang dialami mangsa berikutan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,” ujarnya.

Penghulu Mukim Kuala Pahang Hassan Mohamed Sukor memaklumkan Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali dan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (MUIP) akan hadir untuk menyampaikan bantuan bagi meringankan beban mangsa ribut.

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pekan juga telah menyampaikan bantuan berupa kit makanan kepada mangsa dan keluarga,” tambahnya.

-AH-

Tinggalkan komen anda