Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Berjaya Patuhi SOP Tiada Kompaun Dikeluarkan

By 7 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Nuratikah Abdullah (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 7 Julai (Malaysiaktif) – Tiada kompaun dikeluarkan menandakan tiada kekeliruan dalam kalangan peniaga mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memasuki fasa kedua di Negeri Perak bermula Isnin.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Hilir Perak, Azuan Arifin berkata hasil tinjauan di beberapa kilang dan premis makanan pagi tadi, mendapati bahawa pemilik-pemilik perniagaan peka dengan perubahan SOP pada fasa kedua ini.

“Hasil siasatan mendapati hanya salah faham kecil yang timbul dalam kalangan pekerja dan kami akan terus memberi penerangan kepada mereka mengenai garis panduan yang disediakan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Operasi Bersepadu ini akan dijalankan secara berkala dan penumpuan diberikan di kawasan perkilangan kerana kawasan ini secara umumnya menyebabkan banyak kluster jangkitan COVID-19,” katanya ketika ditemui  selesai membuat tinjauan di beberapa kilang dan premis makanan di sini pagi tadi.

Pegawai dari Pejabat Imigresen Teluk Intan memeriksa dokumen pengenalan diri pekerja-pekerja warga asing di sebuah premis menjual makanan.

Pegawai dari Pejabat Imigresen Teluk Intan memeriksa dokumen pengenalan diri pekerja-pekerja warga asing di sebuah premis menjual makanan.

Tambah Azuan, operasi ini tidak akan tamat dan akan diteruskan selagi kes COVID-19 masih menular dalam negara.

Terlibat sama dalam operasi ini adalah MKN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Hilir Perak, Jabatan Imigresen Cawangan Hilir Perak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Hilir Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Hilir Perak dan Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak.

~RJ~

Tinggalkan komen anda