
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 turun kepada 15,764 semalam berbanding 17,150 kes dicatatkan kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 1,146,186 kes.
Katanya, Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).
Negeri Sembilan pula merekodkan sebanyak 862 kes baharu, Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), Perlis (sembilan) dan Labuan (tujuh).
— BERNAMA