
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam kembali melebihi 17,000 kes dengan 17,105 kes baharu.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,163,291.
Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275) Kedah (1,036), dan Sabah (1,010).
Perak pula merekodkan 967 kes, Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (7) manakala Labuan lima kes.
-RI