
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 17,150 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah itu katanya kurang 636 kes berbanding 17,786 kes yang dicatat kelmarin.
Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 1,130,422 kes.
Katanya, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,326 kes diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045) dan Sabah (1,002).
Negeri Sembilan pula merekodkan sebanyak 809 kes baharu, Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (lima).
— BERNAMA