Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

17,672 Kes Baharu, Terus Menurun

By 24 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes harian COVID-19 dalam negara semalam terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 17,672 kes dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kelmarin Malaysia mencatat 19,807 kes baharu manakala pada Sabtu 22,262 kes.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan kes semalam, jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini kini 1,572,765.

Beliau berkata walaupun Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi, bilangan kes di negeri itu menunjukkan penurunan dengan 4,316 kes baharu dilapor berbanding lebih 5,000 kes sebelum ini.

Negeri-negeri lain yang mencatat kes melebihi 1,000 adalah Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Perak pula mencatat 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda