Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

19,991 Kes Baharu

By 11 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat semula semalam apabila mencatat 19,991 kes, setelah tiga hari berturut-turut mencatatkan penurunan.

Malaysia merekodkan 17,236 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,299,767.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 7,338 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (2,374); Kedah (1,830); Sabah (1,383); Johor (1,344); dan Kelantan (1,030).

Perak pula merekodkan 953 kes; Sarawak (836); Pulau Pinang (743); Melaka (578); Negeri Sembilan (564); Pahang (539); Terengganu (378); Putrajaya (76); Perlis (24); dan Labuan (satu).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda