Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

20,579 Kes Baharu, Jumlah Terkumpul 1,706,089

By 30 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20,579 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menurun berbanding 22,597 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,706,089.

Beliau berkata Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755) dan Pulau Pinang (1,378).

“Sebanyak 1,316 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2),” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda