Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tokoh Maal Hijrah 2021

By 10 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.

Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Zulkifli berkata pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringat nasional dan antarabangsa .

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil penghargaan.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini disambut secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda