Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Belia 4B Tampin Aktif Sanitasi Masjid dan Surau

By 5 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Dalam usaha menghapuskan dan mengurangkan kes virus COVID-19, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Belia 4B Tampin mengambil inisiatif untuk melaksanakan proses sanitasi di setiap masjid, surau dan kediaman mangsa COVID-19 di sekitar daerah ini.

Menurut Pengerusi Belia 4B Tampin Suhaimizan Bizar, peralatan sanitasi yang digunakan adalah merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Gemencheh iaitu Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

“Belia 4B telah melakukan proses sanitasi di tujuh buah masjid dan surau sekitar daerah Tampin dan proses ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam daerah Tampin.

“Selain itu, terdapat lebih 20 buah rumah mangsa COVID-19 atau keluarga yang diarahkan untuk kuarantin kendiri telah disanitasi atas permintaan tuan rumah dan perkhidmat sanitasi ini di berikan secara percuma,” ujarnya sewaktu dihubungi kelmarin.

Tambah Suhaimizan, petugas-petugas yang melakukan proses sanitasi ini akan menyarung pakaian perlindungan lengkap (PPE) agar keselamatan dan kesihatan diri mereka terjamin.

Suhaimizan melakukan proses sanitasi.

Suhaimizan melakukan proses sanitasi.

Suhaimizan turut berharap pihak NGO lain akan dapat bersama-sama meringankan beban barisan petugas hadapan dengan menyalurkan bantuan atau sumbangan tertentu terutama dalam membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini.

-FF

Tinggalkan komen anda