Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

DUN Penggaram Agih Bubur Asyura, Rapatkan Ukhuwah

By 20 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri menyediakan 5000 bungkusan bubur Asyura sempena Hari Asyura yang disambut umat Islam kelmarin.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram Zaidi Japar, Pejabat Menteri Besar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Kawasan DUN Penggaram mengambil peluang memasak 20 periuk bubur Asyura dan menyediakan 5,000 bungkusan bubur asyura untuk diagihkan di sekitar kawasan ini.

“Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dan kerajaan negeri amat prihatin terhadap rakyat yang terkesan akibat daripada pendemik COVID-19 yang melanda negara dan sentiasa mengutamakan aspek kebajikan dan kepentingan rakyat, dalam tempoh ini.

“Usaha sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara kerajaan negeri dan masyarakat setempat yang mana ia merupakan platform terbaik bagi mendengar rintihan dan keperitan rakyat yang terkesan,” katanya ketika ditemui di Surau Taman Sri Penggaram, di sini semalam.

Zaidi Japar (berbaju biru) mengagihkan bubur kepada masyarakat setempat di Mukim Simpang Kanan.

Zaidi Japar (berbaju biru) mengagihkan bubur kepada masyarakat setempat di Mukim Simpang Kanan.

Tambah beliau, walaupun ia dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keceriaan sesama Ahli Jawatankuasa (AJK) dapat dilihat semasa mereka mengacau bubur Asyura secara gotong-royong.

“Sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila tibanya 10 Muharam, kebanyakan AJK Masjid dan Surau akan bertungkus lumus membuat persiapan bagi menyediakan juadah khusus iaitu bubur asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.

“Selain itu, pada bulan ini juga umat Islam perlu merebut peluang beramal soleh dengan mengerjakan solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.

“Bubur asyura yang telah siap dibungkus turut diagihkan kepada badan-badan kerajaan, agensi swasta dan rumah-rumah anak yatim,” katanya.

-NI-

Tinggalkan komen anda