Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Edar Jalur Gemilang Secara Pandu Lalu

By 24 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Permai Kundur sedar negara masih dalam pandemik COVID-19 namun semangat patriotisme perlu diserlahkan dengan cara mengibar Jalur Gemilang.

Merasakan perlu menghias kawasan taman perumahan dengan Jalur Gemilang, KRT mengambil pendekatan mengedarkan bendera Jalur Gemilang secara pandu lalu kepada penduduk bagi menggelorakan sambutan bulan kemerdekaan ke-64 tahun ini.

Menurut Pengerusi KRT Taman Desa Permai Kundur, Ibrahim Md Jadi, tema “Malaysia Prihatin” tahun ini bertepatan kerana keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kebajikan dan sebagai penggerak komuniti KRT tetap edar Jalur Gemilang kepada penduduk kerana masyarakat sepatutnya tidak melupakan sejarah perjuangan rakyat berbilang kaum di Malaysia menuntut kemerdekaan.

“KRT Taman Desa Permai Kundur menyediakan 100 batang bendera kenderaan dan hari ini sebanyak 27 kenderaan diberikan bendera Jalur Gemilang secara pandu lalu sebagai tanda sokongan dan soladiriti KRT menyokong kempen kibar Jalur Gemilang tahun ini.

Suasana edar Jalur Gemilang kepada kenderaan.

Suasana edar Jalur Gemilang kepada kenderaan.

“Turut bersama pasukan Info On Wheels Merdeka dari Pejabat Penerangan Daerah Rembau yang membuat hebahan dan promosi tentang aktiviti Jabatan Penerangan Malaysia secara hybrid di laman media sosial Facebook Merdeka360 selain menyemarakkan kawasan taman peumahan dengan hebahan lagu-lagu patriotik,” ujarnya ketika ditemui di Taman Desa Permai Kundur, kelmarin.

Tambah beliau, semangat sebegini yang perlu ada setiap kali tiba bulan kemerdekaan walaupun kita sekarang dalam tempoh pandemik SOP tetap dipatuhi selaras dengan arahan pihak MKN.

Ashraff Lee Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Rembau berkata objektif program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat malaysia berbilang kaum walaupun sederhana edar bendera secara pandu lalu yang penting mesej dapat disampaikan dengan baik.

Kelebihan diadakan aktiviti secara pandu lalu adalah untuk mengurangkan aktiviti perkumpulan beramai-ramai selain memeriahkan suasana sambutan bulan kemerdekaan penduduk taman menanamkan semangat cinta dan sayang pada Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda