Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

[KEMAS KINI] Golongan Belia Edar 300 Jalur Gemilang, Semarakkan Bulan Kebangsaan

By 28 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saraspathy Letchumanan/Jaitripta Kaur Gajit Singh (WPKL)

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Persatuan Belia Perumahan Awam (PA) Seri Perak bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) mengedarkan sebanyak 300 Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat di sekitar Sentul bagi bagi menaikkan semangat cintakan negara terutamanya dalam kalangan belia.

Ikon belia Farahwahida Razali, berkata kerjasama ini merupakan salah satu usaha dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Ini adalah satu program yang bagus untuk menaikkan semangat patriotik rakyat.

“Walaupun dalam suasana pandemik COVID-19, Hari Kebangsaan tetap dapat disambut mengikut norma baharu,” katanya ketika ditemui pada Program Merdeka@Komuniti di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul, di sini hari ini.

Ikon Belia, Farahwahida Razali mengedarkan Jalur Gemilang pada Program Merdeka@Komuniti Parlimen Kepong & Batu hari ini.

Farahwahida mengedarkan Jalur Gemilang pada Program Merdeka@Komuniti Parlimen Kepong & Batu.

Pada program tersebut Jalur Gemilang dipasangkan pada kenderaan orang ramai yang melalui UTC Sentul selain edaran kepada golongan peniaga di sekitarnya dan disempurnakan Pengarah JaPen WPKLP, Lim Ann Teck.

Salah seorang pengunjung Intandiana Jalil, 36, berkata golongan belia memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik demi perpaduan negara.

“Jalur Gemilang harus dikibarkan oleh kita semua, bukan hanya pada Bulan Kebangsaan malah sepanjang tahun,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai dan Pegawai Kesihatan Daerah Kepong Dr. Sukhvinder Singh Gorbax Singh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda