Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Kaunter Pandu Lalu JPJ Mudahkan Urusan Pelanggan

By 28 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mula menyediakan perkhidmatan pandu lalu bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan tersebut terutamanya buat penduduk di sini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri SembilanĀ Azrin Borhan,Ā kaunter pandu lalu di perkarangan pejabat JPJ Negeri Sembilan ini disediakan bertujuan untuk memudahkan orang ramai melaksanakan urusan di jabatan ini.

“Ianya merupakan salah satu inisiatif JPJ Negeri Sembilan dalam mengekang wabak COVID-19 bagi mengelakkan orang ramai daripada berkumpul dalam satu tempat.

Antara pelanggan yang hadir di kaunter pandu lalu.

Antara pelanggan yang hadir di kaunter pandu lalu.

“Orang ramai boleh hadir berurusan di kaunter ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Antara transaksi yang boleh dibuat di kaunter ini adalah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL), pembaharuan lesen kenderaan motor (persendirian), pembayaran saman (kecuali yang disenarai hitam), kutipan Dokumen Cukai Jalan dan Lesen Memandu (Transaksi Portal MySIKAP),ā€ katanya ketika ditemui sempena pelancaran program tersebut di pejabat JPJ Negeri Sembilan, di sini baru-baru ini.

Dalam program sama, Azrin turut berkesempatan menyantuni pelanggan yang sedang menunggu giliran di kaunter pandu lalu dengan memberikan advokasi berkaitan keselamatan jalan raya dan turut menyampaikan cenderahati.

-FF

Tinggalkan komen anda