Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kelainan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan Gabungan Teknologi Digital

By 14 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zaidy (Putrajaya)/KKMM

PUTRAJAYA, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai program dirangka bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) untuk dilasanakan secara maya bagi meningkatkan semangat patriotisme rakyat sempena sambutan tersebut tahun ini.

Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang telahpun disempurnakan pada 7 Ogos lalu yang sepatutnya diadakan di Terengganu, juga telah dibuat secara maya.

“Keunikan sambutan untuk tahun ini adalah secara hibrid yang dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi di mana kita akan memasukkan elemen realiti maya dan extended reality yang diharap dapat menarik minat ramai untuk menyaksikannya.

“Cabaran berhadapan dengan isu pandemik COVID-19, penganjuran program perlu mengikuti SOP ketat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana kami sangat prihatin terhadap pengorbanan yang telah dilakukan oleh semua pihak terutamanya petugas hadapan,” katanya semasa ditemubual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, semalam.

Menurut Mohammad, dengan pertambahan satistik kes COVID-19 yang semakin meningkat, kementerian bersetuju mengurangkan bilangan tetamu yang hadir persembahan yang minima.

“Jika dahulu ada perarakan, hiburan kebudayaan yang memakan masa sehingga tiga jam, tetapi kali ini, program cuma akan menggambil masa sekitar 50 minit sahaja.

“Antara program yang telah disusun atur adalah Program Naikkan Jalur Gemilang, Ikrar Rukun Negara serta empat persembahan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) serta gabungan Badan Beruniform,” katanya.

Mohammad turut menggalakkan penyertaan orang ramai dalam program yang telah dirangka pihak kementerian menerusi jabatan dan agensi di bawahnya.

“Orang ramai digalakkan menyertai pelbagai program dan pertandingan yang telah disediakan seperti Pertandingan Pidato Kenegaraan, Pertandingan Melukis Mural Merdeka, Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka, Pertandingan Mewarna Doodle dan sebagainya.

“Walaupun sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, itu tidak sepatutnya menghalang kita daripada menyambut HKHM, saya berharap melalui sambutan ini kita dapat tingkatkan lagi semangat patriotism dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kebersamaan untuk menghadapi pandemik ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda