Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu 22,948, Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

By 20 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysia semalam merekodkan 22,948 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,489,460.

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 7,175 diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), dan Kuala Lumpur (1,439).

Sebanyak 1,271 kes pula direkodkan di Kelantan diikuti Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (9).

Semalam, Malaysia merekodkan 22,242 kes baharu wabak itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda