Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Ketua Menteri Melaka Lancar Gerobok Rezeki Mobil

By 4 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)/FB Ketua Menteri Melaka 

AYER KEROH, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi memudahkan pengurusan pengagihan bantuan kepada rakyat di negeri ini, Kerajaan Negeri Melaka mengambil pendekatan melancarkan kenderaan bergerak yang merupakan sebuah van yang dinamakan ‘Gerobok Rezeki Mobil’ ketika menyantuni golongan rakyat yang memerlukan dalam program kebajikan anjuran kerajaan negeri.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali melancarkan Gerobok Rezeki Mobil.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali melancarkan Gerobok Rezeki Mobil.

Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata kebiasaannya bantuan sebegini disediakan di premis kerajaan atau swasta seperti masjid ataupun stesen minyak tetapi kali ini dibawakan melalui kenderaan.

“Kenderaan tersebut akan digunakan untuk membawa pelbagai barangan kelengkapan seperti kit makanan, kerusi roda, tongkat, beras dan banyak lagi barangan keperluan.

“Saya berharap usaha penyampaikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan,” ujarnya selepas merasmikan ‘Gerobok Rezeki Mobil’ di Seri Bendahara, kediaman Ketua Menteri Melaka, di sini semalam.

-FF

Tinggalkan komen anda