Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kibar Jalur Gemilang Semai Semangat Patriotik

By 8 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia perlulah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih sayang dan cinta terhadap negara terutama menjelang Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, menjiwai dan mempunyai rasa kesedaran mengibar Jalur Gemilang perlu ada dalam hati rakyat tanpa mengira masa dan tindakan itu seharusnya lebih meriah pada bulan kemerdekaan.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara, lambang kewujudan serta kedaulatan negara.

Kempen Kibar Bendera Jalur Gemilang.

Kempen Kibar Bendera Jalur Gemilang.

“Kita seharusnya menzahirkan perasaan gembira dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan mengibarkan Jalur Gemilang tanda sayangkan negara,” katanya yang ditemui dalam program hebahan jabatan itu di sekitar bandar ini, kelmarin.

Wakil penduduk yang ditemui Norizan Sulaiman, berkata edaran bendera dan kempen yang dijalankan melalui program hebahan ini amat bagus untuk mengingati kami mengenai sambutan kemerdekaan negara.

“Terima kasih kepada Jabatan Penerangan yang terus menyemarakkan Bulan Kemerdekaan dan sudi memberi bendera kepada kami untuk dipasang sempena Bulan Kemerdekaan tidak lama lagi,” katanya.

Kenderaan Jabatan telah dihias bendera.

Kenderaan Jabatan telah dihias bendera.

-FF

Tinggalkan komen anda