Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Laporan Mengenai Surat Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada PM, Palsu

By 11 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Parlimen

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau ada mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya telah hilang majoriti.

Azhar Azizan berkata dakwaan berkenaan sepertimana dilapor sebuah portal adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita itu dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita itu adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, laporan berita portal Suara.TV bertarikh 11 Ogos, bertajuk “Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen” mendakwa Azhar Azizan selaku Speaker Dewan Rakyat telah memaklumkan perdana menteri mengenai perkara itu.

Pautan laporan yang tular di media sosial bagaimanapun kini tidak lagi boleh dibuka melalui portal berkenaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda