Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Latihan Kebakaran Tangki Oksigen di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0

By 22 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim Salamuddin (Petaling)/Aqilah Mazlan (Putrajaya)

SERDANG, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan latihan kebakaran tangki oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.

Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM Selangor Wan Syariman Wan Saleh, berkata latihan kebakaran tersebut melibatkan tangki oksigen milik Syarikat Linde untuk dibekalkan ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 bagi kegunaan pesakit.

Wan Syariman ketika ditemui media.

Wan Syariman ketika ditemui media.

“Latihan hari ini melibatkan seramai 15 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang termasuk yang bertugas di pusat kuarantin ini.

“Sekiranya berlaku situasi kecemasan di sini, seramai empat anggota bomba di Unit Deacon kenderaan dan dua anggota di Dewan D di sini akan bertindak sebagai responden pertama bagi mengawal kebakaran sebelum ketibaan anggota bomba dari balai berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, latihan kebakaran tersebut melibatkan saluran pam tangki oksigen sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku kecemasan di kawasan berkenaan.

Beberapa anggota bomba menyediakan peralatan pemadam kebakaran ketika latihan dijalankan.

Beberapa anggota bomba menyediakan peralatan pemadam kebakaran ketika latihan dijalankan.

Katanya, pihaknya akan mengadakan pascanilai latihan itu bagi mengenal pasti kelemahan serta penambah baikan untuk anggotanya.

-RI

Tinggalkan komen anda