Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Masyarakat Orang Asli Pos Tohoi Mula Terima Vaksin

By 4 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Roslan Hussin (Gua Musang)

GUA MUSANG, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Taklimat dan Pendaftaran Berkelompok bagi memudahkan orang asli mendapat maklumat dan mendaftar vaksinasi telah diadakan di pedalaman Pos Tohoi, di sini.

Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang Doktor Imran Mohd Noor, yang fasih berbahasa Temiar memaklumkan masyarakat orang asli di sini banyak mendapat maklumat palsu menyebabkan mereka enggan untuk menerima suntikan Vaksin COVID-19 ini.

“Semasa sesi soal jawab banyak persoalan yang telah dibangkitkan oleh masyarakat di kawasan ini.

Masyarakat orang asli mendaftar untuk Vaksinasi COVID-19.

Masyarakat orang asli mendaftar untuk Vaksinasi COVID-19.

“Eksplotasi merangkumi segala keraguan munasabah berkenaan dengan vaksin ini, penerimaan vaksin akan menyebabkan kematian awal atau kecacatan, penerima ramai namun kes COVID-19 masih meningkat,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Dewan Sri Teratai Pos Tohoi, baru-baru ini.

Menurut Imran, ramai yang percaya selepas menerima suntikan mereka akan terkena serangan penyakit jantung dan pelbagai simptom penyakit lain.

“Ketakutan masyarakat orang asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 selama ini kerana menerima maklumat tidak sahih dan tidak betul dari sumber yang salah.

“Ini antara keresahan yang bermain di minda penduduk di sini yang menyebabkan mereka enggan divaksin, namun dengan adanya penerangan pada hari ini mereka mula faham dan mula menerima inisiatif kerajaan ini,” katanya.

Pendaftaran vaksinasi Masyarakat Orang Asli Kampung Tohoi.

Pendaftaran vaksinasi Masyarakat Orang Asli Kampung Tohoi.

Dalam pada itu, Tok Batin Kampung Merlon Ibrahim Marjah, yang telah lengkap menerima suntikan vaksin menyeru supaya tidak meragui tentang vaksin ini.

“Janganlah takut untuk cucuk, tak sakit dan tak mati kerana suntikan ini,” katanya.

Dalam taklimat ini, seramai 100 orang berjaya penduduk tempatan berjaya didaftarkan.

-RI

Tinggalkan komen anda