Skip to main content
Berita TengahMAPerak

MOVAK Giat Proses Vaksinasi Penduduk Manong

By 3 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Shahrul Azril Sulaiman (Kuala Kangsar)

MANONG, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Usaha Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam membantu kerajaan meningkatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat terus giat dijalankan termasuk membawa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) kepada penduduk di sini.

Jurucakap MOVAK Momin Kushairy, berkata program ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam memastikan tiada seorangpun khususnya penduduk di Mukim Manong ini ketinggalan untuk menerima vaksin.

“Segala usaha dijalankan demi memastikan masyarakat di kawasan Manong berjaya mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

“Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, Pejabat Penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dikerah ke setiap pelusuk kampung untuk menjayakan usaha ini dan hasilnya seramai 480 orang termasuk 180 Orang Asal berjaya didaftarkan dan kesemuanya berjaya untuk terima vaksin pada pagi ini,“ katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Dataran Amanjaya Manong, di sini pagi tadi.

Sukarelawan MOVAK membantu orang awam untuk urusan pendaftaran vaksinasi.

Sukarelawan MOVAK membantu orang awam untuk urusan pendaftaran vaksinasi.

Tambahnya, sebanyak dua buah bas MOVAK digerakkan ke Manong yang mana kenderaan ini berfungsi sebagai tempat menerima vaksin dengan kapasiti dua orang penerima dan empat orang kakitangan kesihatan dalam satu-satu masa.

“Kemudahan bas ini dilihat sangat mesra orang kelainan upaya (OKU) yang mana papan pelapik disediakan selain tahap keselesaan dan kebersihan juga sangat dijaga,”ujarnya.

Ruang yang selesa dan kelengkapan yang lengkap untuk proses suntikan vaksin.

Ruang yang selesa dan kelengkapan yang lengkap untuk proses suntikan vaksin.

Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dijalankan mengikut garis panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana pemantauan ketat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

~RJ~

Tinggalkan komen anda