Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pasar Segar Terkawal Beri Peluang Rakyat Berbelanja Lebih Murah

By 29 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)/FB Datuk Muhammad Jailani Khamis

ALOR GAJAH, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pasar Segar Terkawal (PST) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rembia telah menyediakan platform kepada rakyat tempatan untuk berbelanja barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Melaka Muhammad Jailani Khamis, berkata pihak kerajaan negeri dan JAPERUN sentiasa akan bersama dalam membantu masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan serta kebajikan mereka terutama dimusim pandemik COVID-19 ini.

“Saya berharap agar masyarakat mengambil peluang untuk berbelanja barangan keperluan harian dengan harga lebih murah berbanding di pasaran, justeru dapat menjimatkan pembelanjaan isi keluarga.

“Program yang dirangka ini tidak lain bertujuan memberi ruang kepada rakyat untuk membeli belah di pasar segar yang dijamin 5 hingga 20 peratus lebih murah berbanding pasaran luar,” katanya ketika melakukan tinjauan di Kompleks JAPERUN DUN Rembia, di sini semalam.

Muhammad Jailani Khamis meninjau, bertanya khabar dan mengedarkan Jalur Gemilang kepada peniaga.

Muhammad Jailani Khamis meninjau, bertanya khabar dan mengedarkan Jalur Gemilang kepada peniaga.

 

Menurut Jailani, platform ini turut memberi ruang kepada peniaga tempatan memasarkan produk dan barangan perniagaan mereka.

“Sebanyak tujuh komoditi ditawarkan di PST ini iaitu, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan atau hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani yang beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda