Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pemandu Teksi Setiu Berjiwa Patriotik

By 30 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Walaupun Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini masih diraikan dalam suasana Pandemik COVID-19, namun ianya bukan penghalang bagi para pemandu teksi di Terminal Bas dan Teksi Bandar Permaisuri Setiu menunjukkan semangat patriotik masih menebal dalam kalangan mereka.

Presiden Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu dan Tuan-Tuan Punya Kereta Sewa/Teksi Melayu Daerah Setiu Khairul Mahadi Ahmad, berkata walaupun para pemandu teksi diuji dengan masalah pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan mereka mengalami kemerosotan, namun tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun yang merupakan hari kemerdekaan negara tetap terpahat di jiwa mereka.

“Walaupun kita tidak dapat merayakan Hari Kebangsaan secara meriah pada tahun ini, namun dengan pengibaran Jalur Gemilang pada teksi-teksi dan kedai-kedai penjaja kecil di sini sedikit sebanyak mengubat kerinduan terhadap sambutan-sambutan terdahulu yang amat meriah,” katanya sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Terminal Bas dan Teksi Bandar Permaisuri, di sini semalam.

Khairul Mahadi Ahmad (kanan) bersama Pegawai Penerangan Daerah Setiu, melekatkan Jalur Gemilang kepada salah sebuah teksi.

Khairul (kanan) bersama-sama Pegawai Penerangan melekatkan Jalur Gemilang kepada salah sebuah teksi.

Khairul berkata, program yang diadakan hari ini sedikit sebanyak dapat mempamerkan serta menaikkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk Daerah Setiu disamping pengedaran Jalur Gemilang kepada para pemandu teksi dan penjaja kecil di terminal tersebut.

Jalur Gemilang turut diagihkan kepada penjaja di terminal bas Setiu.

Jalur Gemilang turut diagihkan kepada penjaja di terminal bas Setiu.

“Penglibatan persatuan-persatuan bukan kerajaan dalam kempen-kempen kerajaan amat perlu kerana mereka juga merupakan mata dan telinga rakyat yang mampu menyalurkan maklumat-maklumat dan permasalahan rakyat.

“Justeru, amat bertepatan dengan anjuran program seumpama ini, para pemandu teksi juga dapat mengetahui fungsi sesuatu jabatan kerajaan melalui program-program yang melibatkan persatuan kami,” katanya.

Khairul juga optimis hasil kerjasama melalui program hari ini mampu diteruskan dengan program-program lain akan datang yang sedikit sebanyak mampu menjadi platform bagi pemandu-pemandu teksi mengetengahkan idea dan menyalurkan kepada jabatan dan agensi kerajaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda