
Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)
JASIN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) ā Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diwujudkan di negeri ini bagi memastikan Program ImunisasiĀ COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar.
Operasi vaksinasi di PPV Mega Stadium JasinĀ mula beroperasiĀ melibatkan lebih kurang 90 pegawai dan petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) serta agensi lain.
Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin merangkap Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Jasin Dr. Norhaliza Ninggal, 40, PPV Mega Stadium Jasin akan beroperasi tujuh hari seminggu termasuk cuti umum dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Penerima vaksin yang menerima temujanji melalui aplikasi MySejahtera sahaja akan diberikan suntikan vaksin di sini.
āKita tidak terima vaksin secara tanpa janji temu kecuali warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golonganĀ orang kurang upaya (OKU) sahaja,ā katanya ketika ditemui di PPV tersebut. di sini semalam.
Tambah beliau, dalam sehari dianggarkan 3,000 penerima vaksin akan divaksin dan dijangka pertengahan bulan Oktober penduduk di Daerah Jasin akan lengkap menerima vaksin.
“Saya menyeru kepada semua penerima vaksin agar hadir temujanji seperti yang telah ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya lagi.
-FF