Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PKPD Taman Mewah Tamat

By 1 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid/Hafizul Adzahari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah Kelemak, di sini yang bermula pada 3 JulaiĀ lalu telah ditamatkanĀ kelmarin.

Menurut Pegawai Epidemiologi (Kawalan Penyakit) Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah Dr. Norzakiah Mohd Tahir, objektif PKPD Taman Mewah dapat dicapai iaitu untuk mengesan bilangan kes yang merebak di asrama pekerja.

Operasi memotong gelang oleh petugas kesihatan Alor Gajah.

Operasi memotong gelang oleh petugas kesihatan Alor Gajah.

ā€œKetika PKPD dilaksanakan, Pejabat Kesihatan turut mengarahkan pemilik kilang untuk membuat saringan bagi pekerja yang tinggal di luar kawasan PKPD dan mereka memberikan kerjasama sepenuhnya agar wabak ini dapat dikawal dari terus merebak kepada komuniti lain,” ujarnya ketika di temui di kawasan perumahan tersebut, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah MKN Negeri Melaka Siti Azira Abdul Aziz, berkata sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan, sebanyak 1,002 sampel telah diuji oleh Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan 182 dari sampel tersebut didapati positif COVID-19 iaitu sebanyak 18.2 peratus.

Hebahan IoW penamatan PKPD oleh Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah.

Hebahan IoW penamatan PKPD oleh Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah.

ā€œKadar jangkitan semasa dalam tempoh dua minggu PKPD dilaksanakan ialah 13.9 peratus manakala ketika dalam tempoh lanjutan PKPD kes positif telah berkurangan kepada 4.8 peratus,” ujarnya.

Taman Mewah dikenakan PKPD berikutan kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak yang melibatkan pekerja industri di Kawasan Perindustrian Kelemak Alor Gajah.

-FF

Tinggalkan komen anda