Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Pongingatan’ Sentiasa di Sisi

By 2 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky S. Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA MARUDU, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Gelagat empat sekawan warga emas yang membawa beg plastik berisi pinang menarik perhatian media pada Program Outreach Imunisasi COVID-19 Peringkat Daerah Kota Marudu di Balai Raya Kampung Bonbong 4 baru-baru ini.

Yipit Ega, 76, Suria Abdullah@Sumpah, 69, Skenah Uging, 70, dan Narumi Udot, 71, rancak bersembang dalam bahasa Dusun sambil memakan pinang atau ‘tingaton’ sementara menunggu giliran mendapatkan vaksin dos pertama mereka.

Anak Yipit, Jamil Malarun, 59, berkata ibunya mula memakan pinang sejak zaman remaja lagi.

Yipit (dua dari kiri) melihat gambar yang dirakam oleh Jurufoto JaPen Sabah, Vicky Mantajang.

Yipit (dua dari kiri) melihat gambar yang dirakam oleh Jurufoto JaPen Sabah, Vicky Mantajang.

“Setiap hari ibu boleh mengabiskan dua hingga tiga biji pinang sehari.

“Biasanya pinang dimakan sebagai pembuka bicara atau sebelum dan selepas makan.

“Tidak kira apa sahaja yang mereka lakukan sama ada semasa bersembang bersantai atau dalam sebarang keraian, ‘pongingatan’ atau pingatan iaitu bekas pinang dan sireh wajib disediakan dan tidak sah sekiranya ia tidak ada di setiap rumah di sini.

“Budaya memakan pinang ini menjadi satu kemestian penduduk di sini dan ia dimakan pada bila-bila masa sahaja,” katanya yang ditemui ketika menemani ibunya mendapatkan vaksin, di sini.

Salah seorang penduduk tenang yang menerima vaksin COVID-19.

Salah seorang penduduk tenang yang menerima vaksin COVID-19.

Tambah Jamil, selain memakan pinang begitu sahaja, ia juga boleh dimakan bersama daun sireh dan sedikit kapur makan.

Menurutnya lagi, disebabkan kerap memakan pinang dan sireh, ibunya jarang mengalami sakit gigi berlubang.

Yipit dan empat rakannya merupakan antara 190 penduduk dari Kampung Bombong, Kampung Saparita, Estate AFC dan Estate Isian Jaya yang menerima suntikan vaksin Sinovac menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

-RI

Tinggalkan komen anda