Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Program MTEx Catat Penjimatan Kos Operasi RM283 Juta

By 16 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Inisiatif Program Mini Innovation Showcase Team Excellence (MTEx), kendalian Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berjaya mencatat penjimatan kos operasi sebanyak RM283 juta bagi projek terbabit tahun ini walaupunĀ negara mengalami pandemik COVID-19.

Jumlah itu membabitkan kiraan setahun projek beberapa kumpulan terbabit yang merekodkan kedudukan baik dalam program tersebut menerusi projek inovasi hasil daripada gabungan bersama sektor awam dan swasta.

Timbalan Ketua PengarahĀ MPC Datin Zainon Bakar berkata program tersebut yang diadakan secara konvensyen secara dalam talian pada 1 Julai lepasĀ termasuk pembentangan hasil oleh peserta,Ā merupakan inisiatif bagiĀ merealisasikan komitmen industri dan sektor awam melaksanakan projek inovasi secara berkumpulan dikenali sebagai ā€˜Team Excellence’ (TE).

ā€œIni meliputi kumpulan inovatif dan kreatif (ICC), amalan persekitaran berkualiti (QE/5S), pengurusan paduĀ industri 4.0 serta program lain peningkatan produktiviti dan inovasi di peringkat organisasi.

ā€œMenerusi program itu, kumpulan TE bukan sahajaĀ berpeluang menyumbang idea, tetapi turut diberi pendedahan secara komprehensif mengenaiĀ cara mengendalikan masalah dan penyelesaian secara inovatif sertaĀ sistematik,ā€ katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, MPC berkata, projek inovasi ituĀ menambah baik proses kerja sedia ada melalui penggunaan teknologi terkini.

Perkhidmatan dan produk hasil daripada projek inovasi tersebut dapat mewujudkan penciptaan nilai yang membantu meningkatkan kecekapan bekerja dan menambah baikĀ pengalaman dan kepuasan pelanggan mereka.

ā€œSebanyak 56 projek inovasi daripada 33 organisasi telah dibentangkan pada MTEx kali ini.

ā€œIa juga turut ditanda aras untukĀ memberi inspirasi kepada 688 peserta yang menyertainya bagiĀ meningkatkan inisiatif inovasi dan produktiviti di peringkat organisasi masing-masing lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang mana produktiviti dan inovasi adalah penting,ā€ kata MPC.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda