Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Semangat Patriotisme dalam Suasana Norma Baharu

By 19 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI BAKAP, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW) Merdeka tetap menyemarakkan semangat patriotismeĀ dalam menyambut Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail, berkata sebagai rakyat yang bertanggungjawab, semangat cintakan negara perlu ada dan disemai dalam diri masyarakat.

ā€œSemangat patriotisme sebagai tanda menghargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.

“Walaupun negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19, diharap ianya tidak melunturkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat dan mengibarkan jalur gemilang merupakan salah satu cara menzahirkan semangat cintakan negara dalam suasana norma baharu,” katanya ditemui ketika mengedarkan benderaĀ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Sungai Bakap, di sini semalam.

Petugas di PPV mengedarkan beg mengandungi bendera kepada penerima vaksin dalam suasana norma baharu.

Petugas di PPV mengedarkan beg mengandungi bendera kepada penerima vaksin dalam suasana norma baharu.

Menurut Farhani, program ini diadakan secara pandu laluĀ dengan edaran bendera diberikan kepada penerima-penerima vaksin yang telah selesai divaksin dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

ā€œSelain di PPV edaran di beberapa premis perniagaan di kawasan sekitar turut diadakan dengan harapan ianya memberi kesedaran kepada orang ramai bagi bersama-sama menghargai erti kemerdekaan,” tambahnya.

Farhani (tengah) bersama Skuad ABC yang turut menjayakan program IOW Merdeka.

Farhani (tengah) bersama Skuad ABC yang turut menjayakan program IOW Merdeka.

Turut bersama dalam program ini adalah Skuad Agen Basmi COVIDĀ (ABC) yang terdiri daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan.

-ii-

Tinggalkan komen anda