Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sepakat@Komuniti Tampin Santuni Bekas Tentera dan Polis

By 23 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan daerah Tampin bergabung dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MyFundAction, Kelab Belia 4B Tampin, Pengakap Tampin, MAYC Tampin dan Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan menyantuni bekas tentera dan polis sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Tampin Noraini Mohd Nasir, sempena Bulan Kebangsaan 2021, Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Tampin menerusi Program Sepakat@Komuniti DUN Gemencheh, bersama-sama Persatuan Veteran Polis dan Tentera mengunjungi kediaman para pesara anggota mereka yang dalam kesusahan terutamanya di musim pandemik COVID-19 ketika ini.

“Bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pesara polis dan tentera, PPD Tampin telah turun padang untuk menyantuni dan menghulurkan bantuan berupa kotak rezeki Sepakat@Komuniti kepada anggota pesara yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi keperluan asas seperti bahan mentah dan barang keperluan harían.

Encik Khairul Nizam Khairuddin menyerahkan kotak Rezeki Ummat kepada keluarga yang memerlukan.

Khairul Nizam (kanan) menyerahkan kotak Rezeki Ummat kepada keluarga yang memerlukan.

“Kesemua data penerima kotak rezeki Sepakat@Komuniti hari ini diperoleh daripada Persatuan Veteran Polis dan Tentera serta menerusi pemantauan yang dijalankan, terdapat beberapa anggota keluarga pesara ini yang dilihat hidup dalam kesusahan dan ada yang menghidap penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

“Diharap dengan sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga anggota tersebut,” ujarnya sewaktu menghadiri Program Sepakat@Komuniti daerah Tampin semalam.

Selain menyantuni para pesara anggota polis dan tentera, pihak PPD Tampin turut bekerjasama dengan NGO, MyFundAction untuk mengagihkan sumbangan berupa kotak rezeki kepada golongan asnaf dan rakyat yang memerlukan.

Menurut Pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan rakan strategik MyFundAction Khairul Nizam Khairuddin, sasaran bantuan yang diagihkan adalah kepada rakyat berstatus miskin dan B40.

“MyFundAction sangat teliti dalam mendahulukan kepada penerima yang benar-benar terdesak memerlukan bantuan makanan asas bagi membendung implikasi negatif kepada keluarga yang terlibat seperti yang tersiar di dada akhbar berkaitan penceraian, bunuh diri dan saling berkelahi sesama tetangga.

“Lebih utama, kita memfokuskan melalui Projek Rezeki Ummat bagi membantu golongan yang tiba-tiba bertukar menjadi status miskin dan golongan B40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan yang kini semakin bertambah akibat pendemik COVID-19.

“Sepanjang Bulan Kebangsaan ini sahaja, MyFundAction telah memperuntukkan sebanyak 210 Kotak Rezeki Ummat melalui Pejabat Penerangan Daerah Seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda